Loading Now

Himpunan Doa

  • Doa Hindar Kerungsingan
  • Doa Mohon Kekuatan dan Keyakinan
  • Doa Hindar Bencana
  • Doa Hindar Gangguan
  • Doa Hindar Kejelekan Nafsu dan Penyakit
  • Doa Hindar Keburukan
  • Doa Segala Kebaikan
  • Doa Memohon Pertolongan Allah
  • Doa Menentang Kezaliman

Doa Hindar Kerungsingan

Doa Hindar Kerunsingan
اللَّهُمَّ إِنَّا عِبَادُكَ وَأَبْنَاءُ عِبَادِكَ وَأَبْنَاءُ إِمَائِكَ، نَوَاصِيْنَا بِيَدِكَ،
Wahai Tuhan kami, kami ini adalah hambaMu, anak daripada dua orang hambaMu (yang lelaki dan perempuan), gerak fikiran dan perasaan kami adalah ada di tanganMu,
مَاضٍ فِيْنَا حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيْنَا قَضَاؤُكَ،
berlaku atas kami segala hukumMu, adalah sangat adil segala kepastianMu ke atas diri kami.
نَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ،
Kami bermohon dengan segala nama yang Engkau punyai, yang Engkau namakan diri Engkau dengannya, atau nama yang Engkau turunkan pada kitab Engkau, atau nama yang pernah Engkau tunjukkan kepada salah seorang makhlukMu, atau nama yang Engkau pegang rahsianya di dalam ilmu ghaibMu.
أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْوبِنَا، وَنُورَ صُدْورِنَا، وَجَلاَءَ أَحْزَانِنَا، وَذَهَابَ هُمُوْمِنَا
Kami bermohon dengan segala nama itu supaya Engkau jadikan Al-Quran sebagai siraman bagi hati kami, menjadi cahaya mata kami, menjadi penghalau segala duka kami, menghalau keluh-kesah dan segala kegelisahan kami.
[Daripada Abdullah bin Mas‘ud: Sabda Rasulullah s.‘a.w: Apabila seseorang hamba ditimpa kedukaan dan kesedihan lalu ia membaca: “Doa di atas;” pasti Allah SWT menghilangkan kedukaannya, dan menggantikan dengan kegembiraan. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, perlukah kami mempelajari kalimah-kalimah itu.” Jawab baginda: “Sudah pasti sesiapa yang mendengarnya mestilah mempelajarinya.” (Musnad Imam Ahmad)].

Us Hasan Nazam, Surau As Sobirin Sg Buloh Country Resort, 2025-10-09

Doa Mohon Kekuatan dan Keyakinan

اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا يَحُولُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ، وَمِنْ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مُصِيبَاتِ الدُّنْيَا،
Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami perasaan takut kepadaMu, sehingga dapat menghalangkan kami daripada melakukan maksiat terhadapMu; dan kurniakan kami ketaatan kepadaMu sehingga dapat menyampaikan kami ke syurgaMu; dan kurniakan kami keyakinan sehingga ringan kepada kami segala kesusahan dunia.
وَمَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا، وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا،
Wahai Tuhan kami, kurniakan kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami; dan jadikannya pewaris dari kami.
وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا، وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا،
Wahai Tuhan kami, jadikanlah pembalasan kami ke atas mereka yang telah menganiayakan kami; dan kurniakanlah pertolongan kepada kami untuk menghadapi mereka yang memusuhi kami.
وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا فِي دِينِنَا وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا، وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami ditimpa musibah di dalam agama kami; dan janganlah Engkau jadikan kehidupan dunia sebagai minat kami yang terbesar dan sebagai penghabisan pencapaian segala ilmu pengetahuan kami; dan janganlah Engkau jadikan mereka yang tidak menaruh kasihan belas kepada kami itu berkuasa di atas kami.
[Diriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: Jarang sekali Rasulullah s.‘a.w bangun dari sesuatu majlis melainkan baginda berdoa dengan kalimah-kalimah ini kepada sahabat-sahabat baginda: “Doa di atas.” (Sunan al-Tirmizi)].

Us Hasan Nazam, Surau As Sobirin, Sg Buloh Country Resort, 2025-10-09

Doa Hindar Bencana

Doa Hindar Bencana
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبُّنَا لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، نَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا، اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نُفُوسِنَا وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إنَّ رَبَّنَا عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ

Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami, tiada Tuhan kecuali Engkau. KepadaMu kami berserah diri, dan Engkaulah Tuhan (pemilik) ‘Arsy yang agung. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan terjadi, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Kami mengetahui (mengimani dan meyakini), bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan ilmu Allah meliputi segala sesuatu.

Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari kejahatan diri kami dan dari kejahatan makhluk melata yang ubun-ubunnya (nasibnya) dalam genggamanMu, sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

[Tholq bin Habib r.a. meriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Abu ad-Darda’ r.a lalu berkata: “Wahai Abi Darda’ rumah engkau telah terbakar.” Lalu Abu ad-Darda’ berkata: “Tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan demikian kerana kalimah-kalimah yang aku dengar daripada nabi SAW bahawa siapa yang mengucapkannya awal siangnya, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga petang pada dirinya, keluarga dan hartanya; dan sesiapa yang mengucapkannya pada akhir siang, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga pagi; dan aku telah mengucapkannya pada hari ini iaitu: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan kecuali Engkau. Kepada-Mu aku berserah diri…” Kemudian dia berkata: “Bangunlah kamu bersama kami.” Lalu mereka bangun bersamanya sampailah ke rumah Abu ad-Darda’. Lalu mereka rumah disekeliling rumah Abu ad-Darda’ telah terbakar tetapi rumah Abu ad-Darda’ tidak terjejas sedikit pun. (Riwayat ini dikemukakan oleh Ibn as-Sunni dalam kitab Amal al-Yaum wa al-Lailah dan ath-Thabrani dalam Kitab Doa)].

Us Hasan Nazam, Surau As Sobirin, Sg Buloh Country Resort, 2025-10-09

Doa Hindar Gangguan

Doa Hindar Gangguan
نَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ الَّتِيْ لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، وَبَرَأَ وَذَرَأَ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيْهَا، وَمِنْ شَرِّ مَا ذَرَأَ فِي اْلأَرْضِ، وَمِنْ شَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ شَرِّ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَمِنْ شَرِّ كُلِّ طَارِقٍ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَانُ

Kami berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, yang tidak akan diterobos oleh orang baik dan orang derhaka, dari kejahatan apa yang diciptakanNya, dari kejahatan apa yang turun dari langit dan yang naik ke dalamnya, dari kejahatan yang tumbuh di bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah-fitnah malam dan siang, serta daripada kejutan buruk yang datang (di waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.


[Kata Abdul Rahman bin Khanbasy al-Tamimi: “Pada suatu malam syaitan-syaitan datang dari lembah-lembah dan lereng-lereng bukit mengejar Rasulullah. Terdapat di tangan mereka obor-obor berapi untuk membakar wajah Rasulullah s.a.w. Kemudian Jibril turun lalu berkata: “Wahai Muhammad katakanlah apa yang aku sebutkan. Katakanlah: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna…” Kata beliau lagi: “Kemudian api pada syaitan-syaitan itu terpadam dan Allah s.w.t. menewaskan mereka.” (Musnad Imam Ahmad)].

Us Hasan Nazam, Surau As Sobirin, Sg Buloh Country Resort, 2025-10-09

Doa Hindar Kejelekan Nafsu dan Penyakit

Doa Hindar Kejelekan Nafsu dan Penyakit
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ اْلأَخْلاَقِ وَاْلأَعْمَالِ وَاْلأَهْوَاءِ وَاْلأَدْوَاءِ
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keburukan pada akhlak, amal, hawa nafsu dan penyakit.
[Hadis riwayat al-Tirmizi (3591); daripada Qutbah bin Malik]

Us Hasan Nazam, Sg Buloh Country Resort, 2025-10-09

Doa Hindar Keburukan

Doa Hindar Keburukan
اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَالِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon perlindungan dengan-Mu daripada daripada azab kubur. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada fitnah Dajjal. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada fitnah semasa hidup dan selepas mati. Dan kami berlindung dengan-Mu daripada segala dosa dan hutang.
[‘Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa ketika bersolat: “Ya Allah, ya Tuhanku, aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada dari azab kubur…” (Sahih al-Bukhari)].

Us Hasan Nazam, Surau As Sobirin, Sg Buloh Country Resort, 2025-10-09

Doa Segala Kebaikan

Doa Segala Kebaikan
اللَّهُمَّ إِنِّي (إِنَّا) أَسْأَلُكَ (نَسْأَلُكَ) مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ (عَلِمْنَا) مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ (نَعْلَمْ)، وَأَعُوذُ (وَنَعُوذُ) بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ (عَلِمْنَا) مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ (نَعْلَمْ)، اللَّهُمَّ إِنِّي (إِنَّا) أَسْأَلُكَ (نَسْأَلُكَ) مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، وَأَعُوذُ (وَنَعُوذُ) بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي (إِنَّا) أَسْأَلُكَ (نَسْأَلُكَ) الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ (وَنَعُوذُ) بِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَسْأَلُكَ (وَنَسْأَلُكَ) أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي (لَنَا) خَيْرًا

Wahai Tuhanku (kami), aku pohon dariMu seluruh kebaikan, baik di masa sekarang mahupun di masa depan, sama ada kebaikan yang aku (kami) tahu atau kebaikan yang aku (kami) tidak tahu.

Aku (Kami) berlindung padaMu dari segala kejahatan, baik di masa sekarang mahupun di masa depan, sama ada kejahatan yang aku (kami) tahu atau kejahatan yang aku (kami) tidak tahu.

Aku (Kami) pohon dariMu segala kebaikan yang telah dipohon oleh hambaMu dan RasulMu. Aku (Kami) berlindung padaMu dari segala kejahatan yang telah dipohon perlindungan darinya oleh hambaMu dan RasulMu.

Aku (Kami) pohon kepadaMu nikmat Syurga dan segala perkara yang boleh menyampaikan kepadanya sama ada berupa perkataan atau amalan.

Aku (Kami) berlindung padaMu dari neraka dan segala perkara yang boleh mendekatkan kepadanya sama ada berupa perkataan atau amalan.

Aku (Kami) pohon kepadaMu, iaitu segala keputusanMu terhadap diriku, aku (kami) harap Engkau jadikan akibatnya membawa kepada kebaikan.
[Diriwayatkan daripada ‘Aisyah bahawa Rasulullah s.‘a.w mengajarnya doa ini. (Sunan Ibn Majah)]

Us Hasan Nazam, Surau As Sobirin Sg Buloh Country Resort, 2025-10-09

Doa Memohon Pertolongan Allah

Doa Memohon Pertolongan Allah
رَبِّ (رَبَّنَا) أَعِنِّي (أَعِنِّنَا) وَلاَ تُعِنْ عَلَيَّ (عَلَيْنَا)، وَانْصُرْنِي (وَانْصُرْنَا) وَلاَ تَنْصُرْ عَلَيَّ (عَلَيْنَا)، وَامْكُرْ لِي (لَنَا) وَلاَ تَمْكُرْ عَلَيَّ (عَلَيْنَا)، وَاهْدِنِي (وَاهْدِنَا) وَيَسِّرْ هُدَايَ (هُدَانَا) إِلَيَّ (إِلَيْنَا)، وَانْصُرْنِي (وَانْصُرْنَا) عَلَى مَنْ بَغَى عَلَيَّ (عَلَيْنَا)، اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي (اجْعَلْنَا) لَكَ شَاكِرًا، لَكَ ذَاكِرًا، لَكَ رَاهِبًا، لَكَ مِطْوَاعًا، إِلَيْكَ مُخْبِتًا، رَبِّ تَقَبَّلْ تَوْبَتِي (تَوْبَتَنَا)، وَاغْسِلْ حَوْبَتِي (حَوْبَتَنَا)، وَأَجِبْ دَعْوَتِي (دَعْوَتَنَا)، وَثَبِّتْ حُجَّتِي (حُجَّتَنَا)، وَاهْدِ قَلْبِي (قُلُوْبَنَا)، وَسَدِّدْ لِسَانِي (أَلْسِنَتَنَا)، وَاسْلُلْ سَخِيمَةَ (سَخَائِمَ) قَلْبِي (قُلُوْبَنَا)

Wahai Tuhanku (kami), kurniakanlah pertolongan kepadaku (kami) dan janganlah Engkau memberi pertolongan kepada orang lain untuk membinasakanku (kami).

Wahai Tuhanku (kami), kurniakanlah kemenangan kepadaku (kami) dan janganlah Engkau memberi kemenangan kepada orang lain untuk membinasakanku (kami).

Wahai Tuhanku (kami), kurniakanlah daya ikhtiar untuk menyelamatkanku (kami) dan janganlah Engkau kurniakan daya ikhtiar kepada orang lain untuk membinasakanku (kami).

Wahai Tuhanku (kami), kurniakanlah hidayah kepadaku (kami) dan kurniakanlah kemudahan hidayah kepadaku (kami).

Wahai Tuhanku (kami), kurniakanlah pertolongan kepadaku (kami) untuk menentang mereka yang berlaku zalim kepadaku (kami).

Wahai Tuhanku (kami), jadikan daku (kami) orang yang sentiasa bersyukur kepadaMu, sentiasa ingat kepadaMu, sentiasa takut kepadaMu, sentiasa taat kepadaMu, sentiasa kasih-mesra kepadaMu.

Wahai Tuhanku (kami), terimalah taubatku (kami) dan bersihkan dosaku (kami). Wahai Tuhanku (kami), perkenankanlah doaku (kami) dan teguhkanlah hujahku (kami).

Wahai Tuhanku (kami), kurniakan hidayah kepada hatiku (kami), dan kesaksamaan kepada lidahku (kami), dan hapuskan perasaan dendam dari dadaku (kami).
[Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi s.‘a.w. berdoa: “Doa di atas.” (Sunan Abu Daud).]

Us Hasan Nazam, Surau As Sobirin Sg Buloh Country Resort, 2025-10-09

Doa Menentang Kezaliman

Doa Menentang Kezaliman

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الحَلِيمُ الْحَكِيمُ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ، وَرَبِّ العَرْشِ العَظِيمِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ
“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Penyantun lagi Maha Bijaksana. Maha Suci Allah, Tuhan tujuh petala langit dan Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada tuhan melainkan Engkau. Amat perkasa naungan-Mu, amat besarlah kepujian-Mu.” [Ibn ‘Umar r.’a. meriwayatkan bahawa Nabi s.’a.w. bersabda: “Apabila engkau merasa takut kepada seseorang penguasa atau selainnya, sebutlah: “Doa di atas” (Riwayat Ibn as-Sunni)]

اللَّهُمَّ يَا مُؤْنِسَ كُلِّ وَحِيْدٍ، وَيَا صَاحِبَ كُلِّ فَرِيْدٍ، وَيَا قَرِيْبًا غَيْرَ بَعِيْدٍ، وَيَا غَالِبًا غَيْرَ مَغْلُوْبٍ، يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ
“Ya Allah, wahai pemberi ketenteraman kepada orang yang keseorangan, wahai peneman orang yang bersendirian, wahai yang hampir dan tidak jauh, wahai yang berkuasa dan tidak dikalahkan, wahai yang maha hidup, wahai yang kekal mentadbir dengan sendiri, wahai yang maha agung dan maha mulia.” [Anas r.‘a. meriwayatkan bahawa Nabi s.‘a.w. bersabda: “Doa di atas” (Riwayat ad-Dailami)]

يَا مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ، إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنَ
“Wahai, yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” [Kata Anas r.‘a.: Kami (para sahabat) bersama Nabi s.’a.w. dalam suatu peperangan, lalu aku mendengar Baginda berkata: “Doa di atas” Kemudian aku melihat musuh-musuh dibunuh dan para malaikat memukul mereka dari hadapan dan belakang.” (Riwayat Ibn as-Sunni)]

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِهِ جَمِيعًا، اللَّهُ أَعَزُّ مِمَّا أَخَافُ (نَخَافُ) وَأَحْذَرُ (وَنَحْذَرُ)، أَعُوذُ (نَعُوذُ) بِاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ، الْمُمْسِكِ السَّمَاوَاتِ السَّبْعَ أَنْ تَقَعْنَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، مِنْ شَرِّ عَبْدِكَ فُلاَنٍ (عِبَادِكَ الظَالِمِيْنَ) وَجُنُودِهِ (وَجُنُودِهِمْ)، وَأَتْبَاعِهِ (وَأَتْبَاعِهِمْ) وَأَشْيَاعِهِ (وَأَشْيَاعِهِمْ) مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ، إِلَهِي (إِلَهَنَا) كُنْ لِي (لَنَا) جَارًا مِنْ شَرِّهِمْ (شُرُوْرِهِمْ)، جَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَعَزَّ جَارُكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ
”Allah Maha Besar, Allah Maha Besar daripada seluruh makhlukNya. Allah Maha Mulia dari perkara yang aku (kami) takuti dan khuatiri. Aku (Kami) berlindung kepada Allah yang tiada Tuhan selain dia. Dia yang menahan tujuh lapisan langit daripada menghempap bumi melainkan dengan izinNya, daripada kejahatan hambaMu (orang tertentu) / (hamba-hambaMu yang zalim) bersama pasukannya (mereka), pengikutnya (mereka) dan penyokongnya (mereka) daripada kalangan jin dan manusia. Ya Allah, jadilah Engkau sebagai pelindung diriku (kami) daripada kejahatan mereka. Maha Mulia kedudukan Engkau dan Maha Agung pujianMu serta Maha berkat namaMu. Tiada tuhan selain Engkau.” [Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Apabila engkau berhadapan dengan penguasa yang digeruni dan Engkau takut ia menganiayai kamu, katakanlah: “Doa di atas.” (Mu‘jam al-Tabarani al-Kabir)]

Ya Allah! Kami mengadu kepada-Mu tentang nyawa orang Islam yang diragut, kehormatan yang dicabuli, kesucian yang diceroboh.

Ya Allah! Kami tiada Tuhan lain selain Engkau, dan kami tiada tempat berlindung selain berlindung di sisi-Mu. Maka, ya Allah, selamatkan nyawa orang Islam (di Gaza dan Palestin), hilangkan ketakutan mereka, kasihanilah kelemahan mereka, perbaiki hati mereka yang hancur, dan balaslah kejahatan orang-orang yang menzalimi mereka.

Ya Allah, dengan kasih sayang dan kelembutan-Mu, lindungilah para sukarelawan yang sanggup menggadaikan jiwa dan harta mereka, sanggup meninggalkan keluarga dan tanah air, demi menyahut seruan kemanusiaan untuk membantu saudara kami yang ditindas di Gaza. Ya Allah, peliharalah nyawa dan maruah sukarelawan kami serta selamatkanlah mereka daripada perbuatan jahat musuh-Mu.

يَا لَطِيْفًا بِخَلْقِهِ، يَا عَلِيْمًا بِخَلْقِهِ، يَا خَبِيْرًا بِخَلْقِهِ، أُلْطُفْ بِنَا يَا لَطِيْفُ، يَا عَلِيْمُ يَا خَبِيْرُ (3 كالي)
Wahai Tuhan yang Amat Lemah-Lembut terhadap makhlukNya, wahai Tuhan yang Amat Mengetahui keadaan makhlukNya, wahai Tuhan yang Amat Faham segala rahsia makhlukNya, berlemah-lembutlah terhadap kami, wahai Tuhan yang Amat Lemah-Lembut, wahai Tuhan yang Amat Mengetahui, wahai Tuhan yang Amat Faham. (Petikan Ratib al-‘Attos , oleh: Al-Habib al-Qutb al-Imam Umar bin Abdul Rahman al-‘Attos)

يَا لَطِيْفًا لَمْ يَزَلْ، أُلْطُفْ بِنَا فِيْمَا نَزَلْ، إِنَّكَ لَطِيْفٌ لَمْ تَزَلْ، أُلْطُفْ بِنَا وَالْمُسْلِمِيْنَ (3 كالي)
Wahai Tuhan Yang Sentiasa Berlemah-Lembut. Lemah-lembutlah terhadap kami dari segala apa yang berlaku (bala dan wabak), sesungguhnya Engkau sentiasa berlemah-Lembut. Berlemah-lembutlah terhadap kami dan kaum Muslimin. (Petikan Ratib al-‘Attos , oleh: Al-Habib al-Qutb al-Imam Umar bin Abdul Rahman al-‘Attos)

Us Hasan Nazam, Surau As Sobirin Sg Buloh Country Resort, 2025-10-09