Loading Now

Mujahadah (Al-Balad 90:11 – 18) Jalan-jalan mujahadah merebut keredaan Allah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani(Al-Faatihah 1:1)

Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;(Al-Balad 90:11)

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(Al-Balad 90:12)

(Di antara amal-amal itu – bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;(Al-Balad 90:13

Atau memberi makan pada hari kelaparan –(Al-Balad 90:14

Kepada anak yatim dari kaum kerabat,(Al-Balad 90:15)

Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.(Al-Balad 90:16

Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.(Al-Balad 90:17)

(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).(Al-Balad 90:18)

Share this content: