Ahli Kitab (Ali-Imran 3:64) Mengajak ahli kitab supaya bersama-sama berjuang menegakkan agama Tauhid

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani(Al-Faatihah 1:1)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.(A-li’Imraan 3:64)
Share this content:


