AL-FATIHAH H1 A1-7 TTM3 2025-06-20


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani(Al-Faatihah 1:1)

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam(Al-Faatihah 1:2)

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani(Al-Faatihah 1:3)

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)(Al-Faatihah 1:4)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(Al-Faatihah 1:5)

Tunjukilah kami jalan yang lurus.(Al-Faatihah 1:6)

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(Al-Faatihah 1:7)
Share this content:
Post Comment